Wednesday, July 7, 2010

Tatatertib dan Susila Program MIFC 2010

Pakaian

1. Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian seperti yang telah ditetapkan
2. Peraturan pemakaian adalah seperti berikut;
    • Peserta lelaki : Kemeja dan tali leher, blazer warna gelap (sut lengkap)
    • Peserta perempuan : Baju kurung / jubah, blazer warna gelap
3. Bagi sebarang program luar dewan, peraturan pemakaian adalah seperti berikut;
    • Peserta lelaki : kemeja, tanpa tali leher dan blazer
    • Peserta perempuan : tanpa blazer
4. Setiap peserta dikehendaki sentiasa berpakaian kemas, sopan dan menjaga penampilan diri
5. Peserta juga hendaklah memakai tag nama / lencana / badge (mana-mana satu) yang dibekalkan pada setiap masa
6. Sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke masa dan setiap peserta hendaklah mematuhinya


Ketepatan masa dan Kelancaran program

1. Setiap peserta dikehendaki mematuhi setiap ketetapan masa dan tempat program untuk memastikan kelancaran program seperti yang dijadualkan
2. Hendaklah hadir awal ke tempat program selewat-lewatnya 5 minit sebelum program bermula bagi menghormati tetamu / penceramah yang dijemput serta program yang berjalan
3. Sebarang kelewatan menghadirkan diri ke program / aturcara majlis adalah perilaku yang tidak wajar dan penalti akan dikenakan terhadap kumpulan masing-masing
4. Peserta perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan
5. Peserta tidak dibenarkan sama sekali tidak melibatkan diri dengan mana-mana program yang berjalan
6. Setiap peserta juga haruslah peka terhadap sebarang perubahan pada aturcara program seperti mana yang dimaklumkan oleh AJK program
7. Setiap peserta juga dikehendaki patuh pada arahan yang dikeluarkan oleh fasilitator dan mana-mana AJK program yang bertugas


Penempatan

1. Setiap peserta akan ditempatkan di rumah penginapan masing-masing
2. Peserta tidak dibenarkan berpindah atau menukar rumah penginapan yang telah ditetapkan tanpa pengetahuan AJK Perhubungan dan Penempatan
3. Peserta juga tidak dibenarkan pulang atau bermalam di rumah masing-masing bagi mengelakkan kesukaran kawalan dan keselamatan
4. Sebarang peraturan dan tatasusila yang terdapat pada rumah penginapan tersebut atau yang ditentukan oleh tuan rumah hendaklah dipatuhi
5. Para peserta tidak dibenarkan membuat sebarang kekacauan dan kerosakan pada rumah penginapan. Juga tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman jiran tetangga
6. Sebarang masalah yang dihadapi peserta bolehlah merujuk terus kepada AJK Perhubungan dan Penempatan


Keselamatan dan Kebajikan

1. Peserta diingatkan agar tidak membawa apa-apa barang berharga yang tidak berkaitan. AJK pelaksana program tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang-barang tersebut
2. Peserta dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri. Mana-mana keperluan (dengan sebab yang munasabah) untuk menggunakan khidmat murakib, hendaklah diberitahu kepada AJK Kebajikan
3. Mana-mana peserta yang tidak boleh hadir menyertai program hendaklah memberitahu AJK Kebajikan untuk tindakan susulan sewajarnya
4. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan ketika program berlangsung juga boleh terus merujuk kepada AJK Kebajikan
5. Sekiranya peserta mempunyai sebarang masalah lain sepanjang program berjalan bolehlah terus merujuk kepada AJK Kebajikan


Nota :

i. AJK Perhubungan dan Penempatan diharapkan dapat memaklumkan kepada peserta untuk membawa bantal dan selimut masing-masing ke rumah penginapan bagi keselesaan sendiri
ii. Peraturan tatatertib dan susila program ini juga terpakai bagi semua AJK pelaksana program dan fasilitator




AJK Kebajikan dan Kawalan Peserta
Program MIFC 2010


Untuk dihubungi :

1. Nurhalim bin Ahmad (0777985195)
Ketua Biro Kebajikan dan Kawalan Peserta

2. Adliya Hani bt. Adnan (0777289234)
Timbalan Ketua Biro Kebajikan dan Kawalan Peserta

3. Nur Aziela bt. Abdull Rahim (0777986516)
AJK Biro Kebajikan dan Kawalan Peserta

No comments:

Post a Comment