Monday, February 22, 2010

Melompat Lebih Tinggi !







Assalamualaikum wbt..
Senior-senior serta seniorita-seniorita yang dikagumi selalu,
Kawan-kawan seiring sejalan yang dikasihi,
Adik-adik  perintis mission non-impossible yang disayangi…

Apa khabar semua? Moga bahagia dan ceria selalu..
Bagaimana perasaan anda setelah beberapa tahun menjadi pelajar medic?



Cemerlang ! Medic sangat best !


Hebat..macam pelangi !


Risaunyaa..exam tak lama lagi !


Buntu..rasa nak nangis?


Mengantuknya..


Bosannya..nak tukar course boleh?

Pertama sekali, atas apa jua perasaan yang anda alami pada saat ini, tahniah buat diri anda !
Segala perasaan ini menandakan anda masih seorang yang normal, masih berperasaan, masih sensitif dengan hidup sehari-hari..

Segala caca marba kehidupan ini sebenarnya adalah suatu lumrah yang bakal ditempuh bermula saat pertama kali anda melangkahkan kaki ke bidang ini.

Baiklah, hari ini ingin saya kongsikan beberapa normal symptoms yang bakal adik-adik alami ketika melangkah pula di alam klinikal..
Survey yang telah saya buat secara rawak menunjukkan rata-rata pelajar medic mengalami beberapa symptoms ini. Jika tidak semua, mungkin salah satu. 

Pathognomonic! You Are Medical Student Until Proven Otherwise..

Pernah dengar OSCE ?


Ten Pre- OSCE FEVER Symptoms..

1.       Merasa yang anda telah tersalah pilih course setiap kali esok adalah hari exam OSCE.
Apsal la dulu tak amik architecture?


Jadi chef pon macam best !

2.       Memikirkan alangkah seronoknya kalau dapat tidur dengan riang gembira, tetapi nota-nota yang bertimbun membuatkan tidur anda jadi tak lena.
Sambil berdiri pun boleh tertidur..


3.       Merasa yang mahu sahaja diambil nota-nota lecture untuk direndamkan dalam air teh supaya boleh diminum dan tada! Semua fakta dah ada dalam kepala!
Cawan yang besar untuk nota yang juga besar !


4.       Mengharapkan pintu-ke-mana-sahaja doremon benar-benar wujud agar dapat pulang ke Malaysia on the dot!
sekarang nak jumpa mak pun boleh..


5.       Merasakan yang anda tak jauh beza dengan hydrocephalus patient – kepala macam makin mengembang!  
Macam nak gigit nota-nota tu..


Leher boleh teleng dan kepala juga senget sebelah..


6.       Menutup mata  dan mengharapkan masa-masa kanak-kanak anda akan berulang kembali tapi bila anda buka mata semula, alamak esok masih exam OSCE!
Bestnya sekolah rendah..kacang goreng !


7.       Tangan terasa gatal nak telefon semua orang terutama mak di Malaysia untuk minta kata-kata semangat.
Tak boleh tahan dah ni, kene tepon sekarang jugak !


8.       Merasa yang seberapa banyak pun anda telah habiskan masa dengan membaca tetapi bila tengok susunan nota..ya Allah apsal macam banyak je lagi ni!
mana satu yang penting ni? Semua macam penting !

9.       Merasa yang anda tak tahu apa yang anda dah baca dan tak tahu apa yang anda ingat di pagi peperiksaan OSCE.
Blackout ?

10.   Hati merasa tidak tenteram kerana memikirkan bila lah agaknya akan habis baca semua. Kalaula ada satu exam yang semua mende habis baca dan boleh jalan ke hospital lenggang kangkung di pagi exam, alangkah indahnya!
Exhausted...


“Macam ni ke clinical year? Takutnya nak exam OSCE!”, kata seorang junior.
“Tengok senior-senior study, dahsyatnya nak exam clinical year, tak boleh nak bayangkan macam mana saya nak lalui nanti!”, kata junior yang lain.

Hehe..balaslah dengan senyuman wahai senior-senior..
Kami juga pernah merasakan perkara yang sama dengan adik-adik semua.

Begitu peritkah ?

Belum cuba belum tahu..
Tetapi percayalah saat yang paling indah adalah pabila anda telah berjaya melaluinya..

  • Bila anda seakan ingin berputus asa, fikirkan kembali berapa ramai kawan-kawan kita di luar sana yang mengimpikan kakinya berada dalam kasut kita…
  • Bila anda merasakan mengapakah begitu susah belajar medic ini, fikirkanlah berapa ramai lagi kawan-kawan kita diluar sana yang mungkin hendak belajar di universiti pun tak berkemampuan..
Kita harus bersyukur, sabar dan terus tabah kerana yang manis-manis itu akan dikecap kemudian..

       Seorang sahabat pernah mengatakan- Elakkanlah diri dari menggunakan perkataan SUSAH. Ia seakan suatu mind-setting yang telah kita tetapkan dalam diri kita..
Bila kita merasakan yang ia susah, maka ia akan jadi susah..
You are what you believe..

Katakanlah yang segalanya ini sangat MENCABAR dan saya akan dapat melaluinya InsyaAllah!
This Too Shall PASS! We will PREVAIL !

*Akan kami kongsikan apakah yang sweet sweet, turun naik kehidupan menjadi seorang pelajar perubatan
bersama tetamu-tetamu jemputan khas...satu gelanggang,satu jiwa, satu suara..

Shining in medical school”


Bakal menemui anda di..

MIFC 2010…

Nantikan..

6 comments:

  1. farah, this post is soo.. cute!
    my father had once told me.. medicine is not a field for geniuses, but for those who are harworking..
    betul sangat la..~

    ReplyDelete
  2. Munir, bagus2..nnt boleh kongsi2 ngan adik2 macam mana nak meraakan medic sgt best..perkongsian pengalaman..

    ReplyDelete
  3. Sara, medic memang satu field yang need a lot of hardworking, patience, and passion..nak tunggu jd genius sampai ke sudah tak pasti..aku dah jd genius ke belum ni?hehe

    ReplyDelete
  4. erm, perlukan hardwork, put more efforts, patience, burning desire.. (tapi, aku tak sampai ke tahap tuh lagi).. apepun, rezeki Allah itu Maha Luas..

    ReplyDelete